BEKAS penyampai radio, Fara Fauzana memberikan jawapan yang sama
terhadap semua persoalan yang diajukan pihak media terhadapnya berkaitan
dengan kontroversi pembatalan perkahwinannya.
"Semuanya sudah saya jawab dalam kenyataan media yang saya berikan sebelum ini. Ini semuanya ketentuan Allah.
"Terima kasih kerana memberikan sokongan kepada saya," kata Fara yang
ditemui selepas acara Sekolah Radio IM4U FM di IM4U Sentral, Puchong
sebentar tadi.
Fara, 36, membatalkan perkahwinannya dengan seorang ahli perniagaan,
Mohamed Hafiz Badiuzzaman, 30, pada Ahad lalu dan merahsiakan sebab
pembatalan tersebut.